Friday, 7 December 2012
Internetisasi
Hai,Salam. Selamat Hari Kejadian (Bahasa Melayu.Selamat Hari Jadi) dan Salam 1 Mesia.Haaa besar punyerr gambor aku letak.Kalau nak baca kena dengan ibu dan bapa yew. Pada waktu aku type ni tgh hujan lebat dan otak aku dapat ilham dari langit untuk menaip entry baru. Hah. Aku nak ceritakan tentang bagaimana aku terjebak dalam kancah Internetisasi lebih kurang macam Belenisasi, obviously Internetisasi ni versi baik, nak lagi faham pi Google cari Globalisasi, walaupun takdak kena mengena , at least dapat pengetahuan ilmiah yang baru di musim cuti sekolah yang serba serbi *insert kata kata yang terlintas dalam kepala otak anda*
Baiklah, aku mula terjebak secara serius dalam Internetisasi ini pada tahun 2011, sebab laptop gua dah tukar dari NEC ke ASUS . Back in 2009/2010,aku baru dikenalkan dengan Internet, well, aku syak aku start 2010,tapi itu tak penting.Herr, aku mula dgn mencipta emel (ymail), well, itu dah kira paling trend dekat sekolah aku,sedangkan time tu ada dua tiga ekor atau lebih yang dah ada MySpace. Aku takdak MySpace, pernah dengar dan lihat acc kawan aku,tapi tak pernah buat,aku lebih tumpukan kepada emel aku yang aku brag habis, memang nama dia haishh, BBNU Jr. sampai sekarang aku menyesal dgn perbuatan aku,walaupun sekarang aku guna Gmail, nama yang lebih kurang juga agak #n00bz dan lepas reka emel, laman yang paling trending dekat sekolah aku ialah Miniclip dan y8 ( kalau tak pernah bukak,kamu semua orang lagi #n00bz dari sayew ). Well kira dah power habis lah time tu,dgn emel dan laman web y8 dan Miniclip.
Then, baru aku jebak dengan Facebook, sebab nak main game,kalau tak silap game Bola( spin off time tu World Cup kalau tak silap la ) walaupun time tu orang dah start bragging dengan Kebun,Negara dan Kafe masing masing. Sekarang dok main lagi yang betul betul best bagi aku la dan aku guna facebook aku untuk spam game request banyak banyak supaya rakan facebook aku butthurn dan akan update status " Tolong jangan hantar game request lagi *insert carutan* " :) Beside time tu Facebook ialah benda paling top time tu di sekolah gua, dan Facebook masih suci seperti aku, tak macam sekarang, dicemari camwhore,autolike,bataklike ( aku tak faham kenapa kena guna kaum original di rantau nusantara, serius sampai sekarang tak faham ) dan juga group, family, Melayu totok profile name Yahoodie, bahasa Rempit,bahasa Bingo dan ya aku masih suci sehingga sekarang dan aku tak terjebak dengan aktiviti tidak bermoral sedemikian rupa. :)
Kemudian, aku mula aktif dengan Twitder(more sexier if I say Twitter as Twitder ) tahun 2011 kalau tak silap.Segalanya bermula bila,saorang kawan perempuan aku yang rasa tergugat dengan budak baru yang lawa pada pandangan pertama tapi bila tengok dua kali budak ni agak tembam, dan budak baru tu agak hot di Facebook dan mungkin salah saekor tweetfamous di Twitder. Dia rasa tergugat sebab budak baru tu kira tangkap cintan dengan pakwe dia (kawan perempuan aku tu telah pun berpisah dengan dushbeg tu) dan aku sebagai saorang kawan yang memahami dan juga agak tertawan dengan kecantikan budak baru tu pun mengorak langkah, aku pun add la dia di Facebook, lepastu aku tengok dia ni ada Twitter, aku tanyala apa yang best, dia suruh gua cuba,try dan test, aku pun buat la satu, serius, time #n00bz dulu aku rasa macam Twitter ni satu benda yang amatlah bangang lagikan bodoh.Dan dia follow aku, serius bangga awek cun follow aku. Kemudian dia unfollow sebab aku tak berapa nak aktif.
Sampailah pertengahan tahun 2011,aku mulalah aktif, sebab kawan perempuan aku yang insecure dengan budak baru tu ada Twitter.Aku ingat aku lagi lama buat Twitter,rupanya dia dah jebak lama dah.By the way aku nak tekankan kepada yang dah buat,baru buat acc Twitter followlah manusia dgn bijak, jangan follow budak yang Doktor Cinta,Yizlumik, Hijabistas, Serbanistas,Tweetfamous ok,tapi pastikan yang terbaik dari ladang, dan sebenarnya Tweetfamous juga tak digalakkan kerana satu hari nanti kau akan unfollow dia jugak,trust me. Waktu tu aku memang, agak batak follower ( sekali lagi, aku aneh kenapa manusia original di rantau nusantara yang digunakan. hmmm) dan lama kelamaan hilang perasaan tu, pernah juga nak jadi tweetfamous,ramai followers,rasa berpengaruh, lepastu bila fikir balik, oh betapa BBNUnya sayew, serius, lama kelamaan aku dah takdak perasaan tu, dan aku temui satu perasaan yang baru , "aku buat Twitter sebab aku nak tweet", kalau satu hari tak bukak Twitter rasa macam nak mati entah kenapa sampai gitew sekali.
Dan aku akui kata budak baru tu, Twitter ni macam Television bertulis ( Whats Trending yang membuatkan Twitter macam tibi ) , any Siaran Langsung yang bersiaran, mesti akan ada pengulas tidak berbayar,kau akan tahu sesuatu perkara walaupun kau tak tengok TV, contoh perkara yang diulas ialah, perlawanan Bola,Anugerah untuk Retis,any kind Rancangan Lawak Jenaker dan juga macam suratkhabar elektronik.Kau boleh tahu berita esok dengan Twitter. Dan Twitter juga ada bahayanya, ada manusia oportunis yang gunakan perkara ini untuk menyebarkan perkara palsu, serius, aku rasa nak tumbuk manusia macamni, dahlah kita ni paranoid meleis nak nak dengan umat Gregorion yang bakal kiamat dalam masa terdekat. Jangan risau,aku Swag Muslim, aku punya kiamat lagi 400+ tahun ,pasal aku di tahun 1434 Hijrah occay :P Dan kalau nak tahu lebih banyak,mohon buat satu acc Twitter dan followlah aku :) Dan tolonglah, jangan promote Twitter di Facebook,dan promote Facebook di Twitter, aku pernah buat,dan aku rasa amat bangang.
Disamping Twitter,aku aktif juga dengan Tumblr (bukan Tumbler Batman occay) , ok, Tumblr ni macam blog, tapi blog untuk pemalas, Blog pula untuk si rajin yang gemar menaip, tak banyak yang boleh diulas semasa aku terjebak dengan Tumblr, tapi yeah, Tumblr is awesome dan sekarang,aku mula berjinak jinak dengan Blog, dan aku akui,aku ni saorang Blogger yang mempunyai Blog hidup segan,tutup tak mau sebab malas. Aku terpanggil buat Blog sebab *rujuk post aku yang pertamatama untuk mengetahuinyer dengan lebih lanjut* Dan dalam hal Blog dan MySpace, yew,sayew niew #n00bz.
By the way, aku juga ada account Google+, siapa nak add saya dalam circle, boleh comment di post ini :) Google+ ni still tak up dan entahlah,maybe dekat luar negara just maybe benda ni dah mainstream, dan kita di Mesia masih belum nak bragging poyo moyo dengan acc Google+ masing masing di Facebook,Twitter. Bagi aku Google+ ni macam Facebook(sebab ada Game) + Twitter ( sebab dia lebih kurang macam timeline Twitter dan ada Trend ). Serius menarik, tapi Google + aku memang tak active, dan kalau tak silap aku la, dekat Google+ ni kita boleh dengar lagu dari Youtube.Kalau tak silap la.By the way this thing is serious flipping awesome.
Akhir sekali, ek last, aku rasa ni post aku paling panjang,selain dari post tentang game yang aku dah buang tu :) sebab aku rasa tu bodoh. Aku tertarik dengan MySpace Beta, ok, sejak Just Tinner Timberlakelake beli MySpace, serius, dia buat MySpace style Minimalist, lawa gilewww, dan kau boleh layan lagu yang kau suka secara percuma, International dan lagu buatan Mesia, lagu patriotik agenda Kerajaan tak pasti ada ke tidak. MySpace ni hanya terbuka untuk orang yang dijemput (melalui emel of course). Maybe dia jemput orang yg pernah ada acc MySpace waktu gemilang dulu.Maybe.Tapi yeah, kalau open untuk umum memang aku nak buat. :)
P/S: I don't know, but I think that I'am the human that against "mainstreamness" , contoh : orang main tech deck, aku main skateboard, orang main skateboard aku layan tech deck, orang main facebook, aku layan twitter, orang main twitter aku layan Google+ dan Blog. I don't know why, but it just me being myself :) And if you searching for explicit thingy, I'm sorry, there is no explicit thingy in this post.Hahaha gotcha ! Thanks fer reading my blabbering !
Tuesday, 4 December 2012
CS Dan 6
Herrr.Hai.Dah lama tak update blog. *sedut habuk blog,hembus dekat muka kau* . Lulz~ well,dah hampir sebulan cuti sekolah,aku pun enjoy la, cuti sekolah ni aku belajar main game dengan cheat, yeah,tau aku ni n00bz. Dah tua baru nak main game guna cheat. --' Aku guna cheat untuk main game Plant Vs Zombie. Haa gelak la,gelak sampai mati. Beside, aku main game Angry Bird Star Wars ngan Need For Speed World. World kau tau. World. Aku main dengan Hugh Hefner. Hallelulzyah~. Haaaaa, dan aku cuba belajar guna Adobe Photoshop CS6, series susah sia guna software ni,perlukan kesabaran, dan amatlah mencabarnyer pun.Aku nak try buat Typography + Gambar. Well, sebelum ni aku guna Photoscape dan aku agak mahir bermain Photoscape. Jadi dah boring lewww. Aku pun download torrent. Kalau nak nah ini linknya ( Adobe Photoshop CS6 Extended Version - http://www.mediafire.com/?4rdm1up4skomktd ) dan ini untuk torrent nya ( http://www.utorrent.com/utorrent-plus/index/frmnvh ) . Saja kongsi.Jangan risau. No virus,aku dah cuba ;) Ahh by the way ,aku main Plant Vs Zombie Game Of The Year Edition. Full version uknow. Be jelly. Lulz~ .
Act banyak ilham nak tulis entry,tapi malas. Agak menyedihkan. Ada jugak aku try tulis cerita pendek, dah siap dah pun,entah kenapa tiada keyakinan. Jadi aku simpan sebagai draft. Oklah , nanti aku ceritakan apa yang aku buat time cuti sekolah dan mungkin aku akan siarkan cerita pendek tersebut.
P/S : I Love You . Lulz~
P/S : I Love You . Lulz~
Monday, 8 October 2012
Perempuan Twitter,Skateboard & Fixi
Assalamualaikum. Ok. Post kali ni aku nak cerita tentang tiga benda. First. Perempuan Twitter. Dekat twitter aku ( @LuqmanulHakim_ ),aku follow dan di follow oleh orang asing, kawan2 et cetera. Antara followers aku tu,ada dua Perempuan yang minat seni. Tapi lain lain. Seorang minat seni manga. Seorang minat seni komik. LOL. Ada ke seni sedemikian? Btw,aku kenal yang minat manga dulu. Gembira sebab ada geng. Segala manga,anime dia tweet. Aku pun dapat la info.Dada ni penuh la sikit-sikit dengan ilmu.Selama ni aku duduk dalam ruang lingkup Naruto ja. :) Umur dia 16 tahun.Ok.Perempuan Twitter kedua. Minat komik. Such as Under 18,Lawak Kampus,Maid Maiden et cetera. Our common is, Under 18 is the first graphic novel we read. Cool yeah? We keep tweeting about comic collection and so on. Banyak sebenarnya anonymous yang boleh jadi geng secara tak sedar. *TrueStory. Umur beliau. Hmm.Entahlah. Tapi yang pasti dua Perempuan Twitter tu ayu .Seorang Hijab. Seorang Freehair. Nevermind. Asalkan baik sudah.
2nd,Skateboard.Ahh kegilaan yang boleh membunuh rohani aku secara perlahan lahan. Best oi main. Dahla boleh tambah kawan. Btw aku mula faham tentang moto TechDeck (pengeluar Skateboard Jejari) "Never Stop Skating". Al kisah.Time aku beli skateboard pertama. 30-40.(ori cap ayam) Kalau nak ori tahan lama beli yang 140 above.Satisfaction Ollie Guaranteed. K. Sambung cerita. Aku pun try la nak buat ollie(imbangkan badan dah pro.try basic trick dolu) yang di ajar oleh senior aku. Buat buat,tak jadi,ok.Pastu gerak sikit,Ehh?Apsal goyang lebih skateboard ni?Check tengok,Tu diaa.Truck pecah.Lahabau.Kemudian aku pun patah seribu mengumpul wang untuk beli skateboard baru.Dalam masa mengumpul tu aku beli la Tech Deck. Main guna jari pun boleh. Never Stop Skating la katakan.Minat ni datang bila aku buat tumblr ( valmost.tumblr.com ) Tengok gambar,vid,gif. Jadi rasa awesome pulak en. Btw,time ni basikal mainstream sangat,dan aku pun tengah congak nak beli skateboard atau cruiser.Sebab dua bendalah ni flipping awesome(ayat Fathi,flipping awesome,katanya dengar dari RTM berapa entah).
3rd.Fixi."Diambil dari perkataan Bahasa Indonesia 'fiksi' yang diambil dari perkataan Bahasa Inggeris 'fiction' yang diambil dari Bahasa Perancis Lama 'ficcion' yang diambil dari Bahasa Latin 'fictionem' untuk menunjukkan yang tiada apa-apa yang original dalam dunia ini".Satu mukadimah yang jarang kita lihat dalam novel bodoh bangang(cinta feeling feeling tahap dewata sembilan belas) zaman sekarang. Buku Fixi ni syarikat yang mengeluarkan buku novel.Novel yang lain dari yang lain.Yang berani menggunakan slanga harian.Dekat dengan jiwa aku oi.Jiwa Kelajuan bak kata Noh Hujan. LOL. Setakat ni koleksi Fixi aku, dimulakan dengan Zombijaya,Invasi,Sitora Harimau Jadian(P.Ramlee punya novel ni). Kemudian Murtad(Feveret ni.Awesome.Amat.Baca ni.Kalau dak hampa semua dah hilang salah satu nikmat dunia.),Suami,Kasino(Ini,perghhhhhhhhh),Licik(Ini,sepanjang masa aku baca horny ja.Tapi best tak terkira level nya oi),Kemudian Kelabu(bestseller Fixi.Novel cinta terlarang.Novel cinta ni je yang aku layan.Yang lain pi mampuih(novel cinta),btw baca tau.Kalau dak hampa semua dah hilang salah satu nikmat dunia.) dan latest Cerpen(Penulis Kelabu.Haa,kalau nak tau penulis Kelabu ni la penulis skrip telefilem Aku,Dia Dan Tong Sampah,dan novel Kelabu ni bestseller sampai kena ulang cetak 4 kali dalam masa tak sampai setahun kalau tak silap.Hebat kan penangan cinta terlarang?)Cerpen ni dia punya rasa,macam steak kat Victoria Station gabung dengan steak Tony Roma's. Haaa. Tak percaya? Pergi la beli. Cuma yang aku tak faham,kenapa,mengapa,bagaimana sesetengah toko buku sanggup ban buku buku keluaran Buku Fixi.Sedangkan apa yang di tulis oleh penulis penulis tu perkara yang benar.Yang berlaku di sekeliling kita. Inilah yang dipanggil "Ditimbang tanpa Neraca di awal usia,dihukum masuk Neraka oleh manusia"- Malique. Asalkan perkara tu tabu,rasis terus kena ban. Macamana masyarakat nak maju kalau masih ada lagi PHD yang tak perlu dibanggakan ni? Fikirlah.
P/S: Semua yang ditype adalah pandangan aku.Maaf terkasar bahasa.Btw,pihak Buku Fixi keluarkan 6 Pack. Satu perkara yang membuatkan aku nak nangis semahu mahu nya. Poket aku dah ada sawang labah labah oi.Gambar tu ada kaitan dengan post aku ni.Yang buku tu cameo sahaja.Gunakan imaginasi untuk kaitkan gambar tu dengan post aku.Nah sedolar.
Saturday, 6 October 2012
Kedua
Yaeh. Post kedua. Agak memeranjatkan.Kerana aku seorang yang pemalas.Tak sangka dapat menaip sebegini rupa,dahlah kerja kursus dan revision tak buat lagi.Nevermind.There's still time.Dan aku berjaya,berusaha maju untuk meletakkan lagu dalam blog aku(Pemimpin Pemuda UMNO-X).Baru ada feel sikit nak baca en? Agak terharu dengan bantuan yang diberikan Fatin(walaupun last aku juga yang jumpa,dengan sendirinya).By the way,thanks Fatin.Dia je paling semangat bila dapat tahu yang aku nak buat blog.Hmm. By the way, enjoy the songs.
P/S: Journal BI pun aku tak buat lagi.
P/S: Journal BI pun aku tak buat lagi.
#1
Assalamualaikum. Helo. Saya blogger baru. *blergh* Saya is too mainstream. So, I just called to make a blog,after facebook (,just spamming people with request), twitter(flipping active),tumblr(not so active but yeah,still posting),so I wanna try this new thing( I know,I late. Mah bad. So what right? ). By the way, tujuan aku buat blog ni sebab nak tunjukkan protes aku terhadap @jack. yeah. dia Yahudi tak guna. dia suka twitlimit aku. Jadi, aku rasa aku patut pindah ke blog , lagi pun aku suka ceritakan tentang pengalaman hidup aku kat Twitter. Sampaila Fatin(ketua kelas merangkap blogger) bagi cadangan untuk aku buat blog sebab salah sebuah cerita aku amat kelaker,tu dolu dolu punya lamanya cadangan. Sekarang baru aku buat. Mungkin blog ini akan tenggelam.Tapi at least aku boleh gebang kat orang yang aku ada blog kan? . Dan aku tak berapa pasti sama ada aku akan sentiasa update blog. Tunggu dan lihat apa yang Tuhan tentukan. Nama blog ni. Hmm. Ilham nama tumblr aku. Sebenarnya aku risau juga. Mana tau, nanti twitter aku berhabuk. Insya-Allah tak. Jadi. Sila Tunjuk Ajar.
P/S: Blog ni Dwibahasa.Bahasa Rempit? hell no.Dan gambar tu? Nampak awesome je letak kat situ,tiada kaitan dengan Clone Troopers yang hidup atau yang telah meninggal dunia.
Subscribe to:
Comments (Atom)



