Kulit Novel Amerika.
Ada dua. Versi Moka dan versi Fixi. Aku cerita tentang versi Moka. Sebab versi Moka ni lebih "ganas" dan Fixi lebih kontemporari dan kemas. Melihat kepada kulitnya yang mengandungi anatomi manusia yang telah di cabut kulitnya, pandangan aku, itu menunjukkan kompleksiti yang bakal dialami pembaca. Penulis memberi hint kepada pembaca. Lipas,brokoli,strawberi, merupakan plot plot yang bakal hadir dalam novel ini. Maksudnya, penulis, telah bercerita sebelum kita membaca, cuma kita hanya memahaminya setelah membaca novel tersebut. Dan reka bentuk logo yang ada nama penulis, maksud aku, logo tiga segi terbalik dengan tanda soal dibawahnya merujuk kepada satu jenama barat yang kita ketahui : Guess. Bahkan, font untuk tulisan "Amerika" itu sendiri menyerupai kepada salah satu jenama minuman yang kita sering hadap lepas makan McD yakni font stail "Coca-Cola". Ini semua merujuk kepada suatu agenda yang lebih besar, tentang Amerika itu sendiri. Itu penceritaan dari segi kulit depan. Jika anda telah membacanya, ketahuilah, ia bukan cerita Amerika, ini cerita kita semua. Cerita tentang orang Malaysia.
Kulit Novel Mautopia.
Menggunakan teknik yang sama, bercerita sebelum membaca. Ini boleh dilihat dengan gambaran lelaki yang sedang bergelut dalam laut merah. Laut merah itu merupakan antara lokasi yang amat berkait rapat dalam plot cerita Mautopia ini sendiri. Pendapat aku tentang lelaki itu, dia mewakili rasa dikhianati,hampa,mohon diselamatkan,tidak puas hati. Mewakili jiwa jiwa mati dalam novel ini.
Kulit Novel Stereo Genmai.
Buku yang mengenalkan aku kepada MokaMochaInk. Gaya penceritaan genius. Lebih matang. Berkenaan dengan kulit depan novel itu, first time impresion aku ialah seorang lelaki, di atas karpet merah,dilatari UFO dan hujan. Selepas membaca novel ini, sebenarnya itu seorang lelaki depresi di atas bumbung, dan satu mata sedang memerhatikannya dalam hujan. Kulit novel ini penuh dengan unsur arsitektur(?) atau geometrikalisme.
Kulit Antologi Bila Larut Malam.
Seksi. Melalui kulit depan buku ini, kita sudah faham, menjadi seksi,tidak perlu berbogel untuk menarik ungkapan seksi. Perlakuan itu sendiri boleh jadi seksi jika kena caranya. Belum baca lagi. Pada pendapat aku, muka taip dia bergaya sekitar 60-70 an. Mungkin. Dan beg tangan perempuan serta perempuan itu sendiri, telah menjadi satu misteri tapi seksi dan penuh dengan sensasi noir. Dan aku kira, ini ada kaitan dengan buku fotografi pertama keluaran MokaMochaInk.
Noorzine.
Pemilik MokaMochaInk kata sebutannya ialah Nora Zain. Pengintip perempuan dari Tanah Melayu. Muka taip "Noorzine" itu kemas. Kontemporari. Cuma dua figura wanita itu aku tidak dapat faham dengan jelas. Mungkin merujuk kepada sisi seksi dan gelap Nora Zain. Atau merujuk kepada gaya hidup masyarakat Malaysia itu sendiri. Liberal dan moden. Konon. Mungin juga pelambangan hidup seorang manusia yang tidak mempedulikan masyarakat sekitar (merujuk kepada sekeliling yang suram kelam). Atau dia melambangkan Lady In Red ?