Monday, 8 October 2012

Perempuan Twitter,Skateboard & Fixi

         
              Assalamualaikum. Ok. Post kali ni aku nak cerita tentang tiga benda. First. Perempuan Twitter. Dekat twitter aku ( @LuqmanulHakim_ ),aku follow dan di follow oleh orang asing, kawan2 et cetera. Antara followers aku tu,ada dua Perempuan yang minat seni. Tapi lain lain. Seorang minat seni manga. Seorang minat seni komik. LOL. Ada ke seni sedemikian? Btw,aku kenal yang minat manga dulu. Gembira sebab ada geng. Segala manga,anime dia tweet. Aku pun dapat la info.Dada ni penuh la sikit-sikit dengan ilmu.Selama ni aku duduk dalam ruang lingkup Naruto ja. :) Umur dia 16 tahun.Ok.Perempuan Twitter kedua. Minat komik. Such as Under 18,Lawak Kampus,Maid Maiden et cetera. Our common is, Under 18 is the first graphic novel we read. Cool yeah? We keep tweeting about comic collection and so on. Banyak sebenarnya anonymous yang boleh jadi geng secara tak sedar. *TrueStory. Umur beliau. Hmm.Entahlah. Tapi yang pasti dua Perempuan Twitter tu ayu .Seorang Hijab. Seorang Freehair. Nevermind. Asalkan baik sudah.
         2nd,Skateboard.Ahh kegilaan yang boleh membunuh rohani aku secara perlahan lahan. Best oi main. Dahla boleh tambah kawan. Btw aku mula faham tentang moto TechDeck (pengeluar Skateboard Jejari) "Never Stop Skating". Al kisah.Time aku beli skateboard pertama. 30-40.(ori cap ayam) Kalau nak ori tahan lama beli yang 140 above.Satisfaction Ollie Guaranteed. K. Sambung cerita. Aku pun try la nak buat ollie(imbangkan badan dah pro.try basic trick dolu) yang di ajar oleh senior aku. Buat buat,tak jadi,ok.Pastu gerak sikit,Ehh?Apsal goyang lebih skateboard ni?Check tengok,Tu diaa.Truck pecah.Lahabau.Kemudian aku pun patah seribu mengumpul wang untuk beli skateboard baru.Dalam masa mengumpul tu aku beli la Tech Deck. Main guna jari pun boleh. Never Stop Skating la katakan.Minat ni datang bila aku buat tumblr ( valmost.tumblr.com ) Tengok gambar,vid,gif. Jadi rasa awesome pulak en. Btw,time ni basikal mainstream sangat,dan aku pun tengah congak nak beli skateboard atau cruiser.Sebab dua bendalah ni flipping awesome(ayat Fathi,flipping awesome,katanya dengar dari RTM berapa entah).
        3rd.Fixi."Diambil dari perkataan Bahasa Indonesia 'fiksi' yang diambil dari perkataan Bahasa Inggeris 'fiction' yang diambil dari Bahasa Perancis Lama 'ficcion' yang diambil dari Bahasa Latin 'fictionem' untuk menunjukkan yang tiada apa-apa yang original dalam dunia ini".Satu mukadimah yang jarang kita lihat dalam novel bodoh bangang(cinta feeling feeling tahap dewata sembilan belas) zaman sekarang. Buku Fixi ni syarikat yang mengeluarkan buku novel.Novel yang lain dari yang lain.Yang berani menggunakan slanga harian.Dekat dengan jiwa aku oi.Jiwa Kelajuan bak kata Noh Hujan. LOL. Setakat ni koleksi Fixi aku, dimulakan dengan Zombijaya,Invasi,Sitora Harimau Jadian(P.Ramlee punya novel ni). Kemudian Murtad(Feveret ni.Awesome.Amat.Baca ni.Kalau dak hampa semua dah hilang salah satu nikmat dunia.),Suami,Kasino(Ini,perghhhhhhhhh),Licik(Ini,sepanjang masa aku baca horny ja.Tapi best tak terkira level nya oi),Kemudian Kelabu(bestseller Fixi.Novel cinta terlarang.Novel cinta ni je yang aku layan.Yang lain pi mampuih(novel cinta),btw baca tau.Kalau dak hampa semua dah hilang salah satu nikmat dunia.) dan latest Cerpen(Penulis Kelabu.Haa,kalau nak tau penulis Kelabu ni la penulis skrip telefilem Aku,Dia Dan Tong Sampah,dan novel Kelabu ni bestseller sampai kena ulang cetak 4 kali dalam masa tak sampai setahun kalau tak silap.Hebat kan penangan cinta terlarang?)Cerpen ni dia punya rasa,macam steak kat Victoria Station gabung dengan steak Tony Roma's. Haaa. Tak percaya? Pergi la beli. Cuma yang aku tak faham,kenapa,mengapa,bagaimana sesetengah toko buku sanggup ban buku buku keluaran Buku Fixi.Sedangkan apa yang di tulis oleh penulis penulis tu perkara yang benar.Yang berlaku di sekeliling kita. Inilah yang dipanggil "Ditimbang tanpa Neraca di awal usia,dihukum masuk Neraka oleh manusia"- Malique. Asalkan perkara tu tabu,rasis terus kena ban. Macamana masyarakat nak maju kalau masih ada lagi PHD yang tak perlu dibanggakan ni? Fikirlah.

P/S: Semua yang ditype adalah pandangan aku.Maaf terkasar bahasa.Btw,pihak Buku Fixi keluarkan 6 Pack. Satu perkara yang membuatkan aku nak nangis semahu mahu nya. Poket aku dah ada sawang labah labah oi.Gambar tu ada kaitan dengan post aku ni.Yang buku tu cameo sahaja.Gunakan imaginasi untuk kaitkan gambar tu dengan post aku.Nah sedolar.

Saturday, 6 October 2012

Kedua

               Yaeh. Post kedua. Agak memeranjatkan.Kerana aku seorang yang pemalas.Tak sangka dapat menaip sebegini rupa,dahlah kerja kursus dan revision tak buat lagi.Nevermind.There's still time.Dan aku berjaya,berusaha maju untuk meletakkan lagu dalam blog aku(Pemimpin Pemuda UMNO-X).Baru ada feel sikit nak baca en? Agak terharu dengan bantuan yang diberikan Fatin(walaupun last aku juga yang jumpa,dengan sendirinya).By the way,thanks Fatin.Dia je paling semangat bila dapat tahu yang aku nak buat blog.Hmm. By the way, enjoy the songs. 

P/S: Journal BI pun aku tak buat lagi.

#1

     
              Assalamualaikum. Helo. Saya blogger baru. *blergh* Saya is too mainstream. So, I just called to make a blog,after facebook (,just spamming people with request), twitter(flipping active),tumblr(not so active but yeah,still posting),so I wanna try this new thing( I know,I late. Mah bad. So what right? ). By the way, tujuan aku buat blog ni sebab nak tunjukkan protes aku terhadap @jack. yeah. dia Yahudi tak guna. dia suka twitlimit aku. Jadi, aku rasa aku patut pindah ke blog , lagi pun aku suka ceritakan tentang pengalaman hidup aku kat Twitter. Sampaila Fatin(ketua kelas merangkap blogger) bagi cadangan untuk aku buat blog sebab salah sebuah cerita aku amat kelaker,tu dolu dolu punya lamanya cadangan. Sekarang baru aku buat. Mungkin blog ini akan tenggelam.Tapi at least aku boleh gebang kat orang yang aku ada blog kan? . Dan aku tak berapa pasti sama ada aku akan sentiasa update blog. Tunggu dan lihat apa yang Tuhan tentukan.  Nama blog ni. Hmm. Ilham nama tumblr aku. Sebenarnya aku risau juga. Mana tau, nanti twitter aku berhabuk. Insya-Allah tak. Jadi. Sila Tunjuk Ajar. 

P/S: Blog ni Dwibahasa.Bahasa Rempit? hell no.Dan gambar tu? Nampak awesome je letak kat situ,tiada kaitan dengan Clone Troopers yang hidup atau yang telah meninggal dunia.